Karya PiS · Penerbit pilihan anda

Adab & Akhlak, Fiqh

Ringkasan Hukum-hakam Berkaitan Jenazah

RM 37.00

Buku ini dikarang oleh Shaykh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, tokoh hadis moden yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Pengarang berjaya menyusun kandungan buku ini dengan sangat kemas, bermula daripada bab kewajipan bagi orang sakit, kemudian bab mentalkinkan orang yang nazak, seterusnya bab perkara yang perlu dilakukan oleh orang yang hadir setelah kematian si mati, dan pelbagai lagi. Pendek kata, buku ini disusun bermula daripada kondisi hampir meninggal dunia, sejurus selepas meninggal dunia, sehinggalah urusan pengebumian jenazah.

Antara keistimewaan buku ini ialah, setiap hukum-hakam yang disebutkan disertakan dengan dalil. Melalui buku ini juga kita dapat melihat kefaqihan pengarang dalam berijtihad mengenai permasalahan jenazah dan perkara berkaitan. Di segmen akhir buku ini, pengarang menyajikan kepada kita pelbagai bentuk bidaah berkaitan jenazah, bermula daripada bidaah sebelum meinggal dunia, selepas meninggal dunia sehinggalah yang berkaitan dengan kubur, kesemua bidaah itu berjumpah 241!

Senarai kandungan buku ini:

Kewajipan bagi orang sakit

Reda, sabar & bersangka baik

Rasa takut (khawf) dan berharap (raja')

Tak boleh berharap untuk mati

Menunaikan segala hak orang lain

Meninggalkan wasiat

Wasiat tentang pengurusan jenazah

Mentalkinkan orang yang nazak (hampir mati)

Mengajarkan dua kalimah syahadah

Mendoakan kebaikan & berkata baik

Tidak ada hadis sahih berkenaan membaca Yasin kepada orang yang nazak

Menziarahi orang kafir yang sedang nazak

Perkara yang perlu dilakukan oleh orang yang hadir setelah kematian si mati

Menutup mata jenazah

Berdoa untuk mayat

Menutup mayat dengan kain

Keadaan mayat dalam ihram

Bersegera menguruskan jenazah

Lokasi pengebumian yang terbaik

Melunaskan hutang si mati

Perkara yang diharuskan bagi orang yang hadir dan selain mereka

Membuka wajah jenazah & mencium dahinya

Perkara yang wajib dilakukan oleh kaum kerabat si mati

Sabar & reda dengan takdir Allah

Hukum wanita berkabung kerana kematian anaknya atau suaminya

Perkara yang diharamkan bagi kaum kerabat si mati

Meratapi jenazah (al-Nihayah)

Menampar muka & mengkoyak pakaian

Mencukur & menguraikan rambut

Menyimpan janggut kerana dukacita atas kematian

Mengumumkan kematian mengikut cara jahiliyyah

Cara pengumuman kematian yang dibolehkan

Tanda-tanda Husn Al-Khatimah (kesudahan yang baik)

Mengucap syahadah ketika hampir mati

Mati dalam keadaan berpeluh di dahi

Mati pada malam Jumaat atau siangnya

Mati syahid di medan perang

Mati akibat wabak taun

Mati akibat sakit perut

Mati lemas atau mati di bawah runtuhan

Wanita mati dalam nifas kerana bersalin

Mati terbakar & mati akibat penyakit barah di selaput tulang rusuk

Mati akibat penyakit batuk kering

Mati mempertahankan harta yang hendak dirampas

Mati mempertahankan agama & diri

Mati semasa berjaga dan mengawasi musuh di jalan Allah di sempadan

Mati di atas amalan soleh

Mati dibunuh kerana menasihati pemimpin yang zalim

Pujian orang ramai ke atas si mati

Kematian pada waktu gerhana

Memandikan Jenazah

Kewajipan memandikan jenazah

Ketika memandikan jenazah

Siapa yang memandikan jenazah

Menutup badan jenazah dan menggunakan cebisan kain untuk menggosoknya

Aurat jenazah wanita sesama wanita Muslimah

Jenazah orang yang berihram

Memandikan jenazah pasangan (suami atau isteri)

Merahsiakan keadaan jenazah

Melakukan dengan ikhlas mengharapkan wajah Allah

Disunatkan untuk mandi bagi orang yang memandikan jenazah

Tidak disyariatkan memandikan orang yang mati syahid dalam peperangan

Mengkafankan jenazah

Mengusung & mengiringi jenazah

Mensolatkan jenazah

Hukum solat jenazah

Solat jenazah secara berjemaah

Saf solat jenazah

Imam solat jenazah

Solat untuk jenazah yang ramai

Hukum solat jenazah di masjid

Hukum solat jenazah di perkburan

Posisi jenazah di hadapan imam

Sifat & tatacara solat jenazah

Doa untuk jenazah di dalam solat jenazah

Waktu larangan solat jenazah

Pengebumian & perkara berkaitan

Bezakan perkuburan orang Islam & Kafir

Jenazah yang mati syahid

Waktu larangan pengebumian jenazah

Membuat liang lahad atau shaqq

Mengebumikan dua jenazah atau lebih dalam satu kubur

Menurunkan jenazah ke dalam kubur

Suami menguruskan pengebumian jenazah isterinya

Sunnah memasukkan jenazah dari bahagian kaki kubur

Tatacara meletakkan jenazah dalam kubur

Bacaan ketika meletakkan jenazah

Sunnah selepas pengebumian

Hukum mentalkinkan jenazah

Memberi tazkirah atau peringatan kepada orang yang hadir semasa pengebumian

Hukum mengeluarkan jenazah dari Kubur

Hukum menggali kubur sendiri sebelum meninggal dunia

Mengucapkan takziah

Batasan tempoh ucapan takziah

Perlu ditinggalkan walaupun ramai orang melakukannya

Kaum kerabat dan jiran-jiran menyediakan makanan buat ahli keluarga jenazah

Sunnah mengusap kepala anak yatim dan memuliakannya

Perkara yang bermanfaat untuk jenazah

Syariat menziarahi kubur

Hukum wanita menziarahi kubur

Hukum menziarahi kubur orang bukan Islam

Perbuatan membaca Al-Qur'an semasa menziarahi kubur

Mengangkat tangan untuk mendoakan kebaikan buat jenazah di dalam kubur

Hukum berdoa menghadap ke kubur

Memberikan khabar gembira tentang api neraka di perkuburan orang kafir

Larangan memakai kasut/selipar di perkuburan

Meletakkan tumbuhan dan bunga di atas kubur

Perkara lain yang diharamkan di perkuburan

Bidaah-bidaah Berkaitan dengan Jenazah

Sebelum meninggal dunia

Selepas meninggal dunia

Berkaitan pemandian jenazah

Berkaitan kafan jenazah & keluar membawa jenazah

Berkaitan solat jenazah

Berkaitan pengebumian jenazah

Berkaitan ucapan takziah

Berkaitan ziarah kubur