Butiran buku
- Penulis
- Prof. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle (Rektor Kolej Universiti Islam Perlis - KUIPs)
- Penerbit
- The Sunnah Press
- Jumlah muka surat
- 216
- Kulit buku
- Softcover
- ISBN
- 978-967-19100-2-3
SKU: TSP-0003
Sejarah
Peperangan Badar: Bantuan Allah untuk Umat Islam
RM 37.00
Imam al-Zuhri (w. 124H) berkata:
Dalam ilmu Maghazi (riwayat-riwayat peperangan Nabi) mengandungi ilmu tentang akhirat dan ilmu tentang dunia.
Antara sirah yang sangat menarik untuk diceritakan ialah sebuah peperangan yang berlaku lebih 1,400 tahun dahulu. Peristiwa ini sangat menarik kerana ia merupakan peperangan yang pertama dihadapi oleh umat Islam.
Peperangan ini berlaku pada waktu pagi hari Jumaat, tanggal 17 Ramadan tahun kedua Hijrah. Peperangan ini dipanggil peperangan Badar Al-Kubra, atau boleh juga dipanggil peperangan Badar. Ini adalah buku pertama yang lengkap penceritaan berkenaan peperangan Badar, sangat terperinci, sangat epik, seolah-olah anda sedang menyaksikan kisah agung ini berlaku di depan mata. Dan sudah pasti buku-buku The Sunnah Press hanya menyajikan kepada anda sumber-sumber rujukan sirah yang berautoriti, sarat dengan nota kaki dan maklumat tambahan serta fikah, ibrah dan pengajaran daripada peristiwa untuk ditadabbur.
Antara topik-topik menarik dalam buku ni yang jarang kita dengarkan tentang kisah peperangan Badar:
Atikah binti 'Abdul Muttalib bermimpi bahawa kaum kafir Quraisy akan ditimpa bala dalam masa 3 hari
Iblis menjelma dalam bentuk manusia untuk membantu kaum kafir Quraisy memerangi umat Islam dalam perang Badar
Nabi menunjukkan lokasi tentera Quraisy akan dibunuh pada malam sebelum perang Badar
Nabi dan Abu Bakar terjumpa dengan seorang lelaki tua ketika melakukan operasi pengintipan
Ada sahabat yang memeluk Nabi dan mencium perut baginda sebelum mula perang Badar
Jibril datang sambil menunggang kuda untuk membantu tentera Islam dalam perang Badar
Abu Ubaydah bin Al-Jarrah bertarung dengan ayah sendiri dalam perang Badar
Pangkal batang pokok yang diberikan Nabi kepada Ukkasyah bertukar menjadi sebilah pedang yang panjang dan sangat kental ketika berlangsung perang Badar
Ribuan para malaikat turun untuk membantu tentera umat Islam mengalahkan tentera Quraisy dalam perang Badar
Iblis cabut lari ketika nampak bantuan Allah datang dalam perang Badar
Abu Jahal dibunuh oleh dua orang budak muda yang bekerja di ladang tamar dalam perang Badar
Bilal dapat membalas dendam kepada Umayyah bin Khalaf dalam perang Badar
Kepala Firaun dipenggal oleh Ibnu Mas'ud selepas tamat perang Badar
Nabi bercakap dengan mayat-mayat kafir Quraisy tiga hari selepas tamat peperangan Badar
