Memuatkan butiran buku…
KARYA PiSPENERBIT PILIHAN ANDAMemuatkan butiran buku…
SKU: PIS-0087
Sejarah, Tafsir Al-Quran
RM 42.00
Pentahkik: Dr. ʿAbd Allāh bin ʿAbd al-Muḥsin al-Turkī
Buku ini merupakan terjemahan bagi salah satu bab dalam kitab al-Bidāyah wa al-Nihāyah karangan Imām ibn Kathīr (w. 774H). Bab yang diterjemahkan itu merupakan bab keempat dan kelima yang diberi tajuk: Qisas al-Nabiyyin Adam wa Idris 'alayhima al-salam (Kisah Para Nabi: Adam & Idris 'alayhima al-salam).
Seperti yang tertera pada tajuk bab tersebut, buku ini membahaskan tentang sejarah penciptaan bapa sekalian manusia, Nabi 'Adam dan keturunan beliau Nabi Idris 'alayhima al-salam. Banyak perkara menarik dan juga khilaf para ulama yang dibahaskan oleh penulis dalam buku ini, ketika beliau menghimpunkan riwayat-riwayat kisah tentang Nabi Adam.
Antara yang menarik adalah tentang jenis syurga yang Nabi Adam dan Hawwa' diami sebelum diturunkan ke dunia, adakah syurga tersebut merupakan syurga yang sama akan didiami oleh para Mukmin di akhirat kelak? Atau hanya syurga sementara sahaja?
Dan banyak lagi perbahasan-perbahasan menarik untuk kita baca dan renung akan kebesaran Allah ta'ala, yang para pembaca akan temui dan telusuri sepanjang perjalanan dan penerokaan terhadap sebuah khazanah ilmu sejarah yang sangat berharga diwariskan kepada kita daripada penulis, Imam Ibn Kathir - semoga Allah merahmati beliau -.
Antara senarai isi kandungan menarik dalam buku ini:
Penciptaan Adam dan keturunannya sebagai khalifah bumi dipersoal
Kewujudan makhluk di bumi sebelum penciptaan Adam (al-Hinn dan al-Binn)
Allah mengajarkan nama-nama apa kepada Nabi Adam sehingga keutamaan ilmu baginda mengatasi para malaikat?
Perintah untuk sujud kepada Nabi Adam diingkari Iblis kerana Qiyas yang fasid
Asal usul Iblis daripada bangsa jin, dan menjadi tawanan para malaikat ketika bangsa jin diusir dari muka bumi
Janji Iblis untuk menyesatkan bangsa manusia keseluruhannnya
Adakah semua malaikat diperintahkan untuk sujud kepada Adam, atau sebahagian?
Penciptaan Hawwa' daripada tulang rusuk Adam & Kisah Adam bertemu dengannya di syurga
Pokok terlarang di syurga
Adam memakan buah pokok terlarang kerana tipu daya dan hasutan Iblis untuk hidup kekal dan kekuasaan yang tidak akan berkurang
"Kalau bukan kerana Hawwa', setiap isteri tidak akan mengkhianati suaminya."
Kisah perdebatan antara Nabi Adam dan Nabi Musa
Nabi Adam memberikan sebahagian umurnya kepada Nabi Dawud
Ahli syurga dan neraka telah terbentang pada ketika penciptaan Adam
Ketinggian Adam - 60 hasta
Allah mengambil perjanjian sumpah setia daripada keturunan Adam
Tempoh masa Nabi Adam menetap di syurga
Kisah di sebalik perintah untuk Qabil dan Habil berkorban & pembunuhan Habil
Qabil memikul mayat Habil selama 100 tahun sebelum Allah mengutus dua ekor gagak untuk mengajar tatacara menguburkan jenazah
Balasan kepada Qabil atas pembunuhan adiknya
Keturunan Qabil menurut kitab Taurat
Bilangan anak Adam & Hawwa'
Kewafatan Nabi Adam & wasiat baginda kepada anaknya
Nabi Shith penyambung legasi pemerintahan Nabi Adam
Kisah Nabi Idris, orang pertama menulis dengan pena