Karya PiS · Penerbit pilihan anda

Akidah

Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis

RM 75.00

Pentahkik: Shaykh Abū al-Yamīn Al-Manṣūrī

Para alim ulama sejak daripada zaman salaf lagi sangat menumpukan perhatian kepada ilmu akidah, bahkan mereka mengutamakannya dalam mempelajari dan mengajarkannya, berbanding cabang-cabang ilmu agama Islam yang lain, kerana:

Akidah merupakan dasar Islam dan tapak asas agama. Segala amalan tidak diterima dan setiap perkataan tidak membawa kebaikan melainkan dengan akidah yang benar.

Ia adalah fitrah yang Allah telah ciptakan manusia di atasnya.

Akidah adalah kewajipan pertama bagi para mukalaf yang telah cukup umur dan wajib melaksanakan perintah Allah.

Akidah merupakan perkara pertama yang didakwahkan oleh para Nabi yang diutuskan kepada kaum mereka.

Inilah tujuan asal penciptaan jin dan manusia.

Generasi akhir umat ini tidak sesekali akan dapat diperbaiki melainkan dengan perkara yang memperbaiki generasi awal umat ini.

Justeru, di kala umat Islam di Malaysia disibukkan dengan isu mengehadkan takrifan Ahli Sunnah wal Jama'ah hanya kepada yang berpegang dengan akidah Asha'irah dan Maturidiyyah, kitab Akidah Salaf dan Para Ahli Hadis yang dibentangkan oleh Imam Abu Uthman Isma'il al-Sabuni al-Shafi'i ini sangat bagus, Allah permudahkan kita untuk terbitkan terjemahannya tepat pada waktu umat ini memerlukannya, agar kita mengenali dan memahami pegangan asas umat Islam sebelum zaman fitnah, ketika kerosakan belum lagi bercampur aduk dalam pemikiran kaum Muslimin. Inilah pegangan akidah yang diwarisi secara turun-temurun daripada Nabi SAW dan para sahabat.

Semoga dengan mempelajari akidah yang benar, setiap kita akan beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat, terselamat daripada kekal di dalam neraka selama-lamanya. Allahumma amiin.

Kitab ini telah disusun dengan bahasa yang mudah, disertakan dengan dalil-dalil rujukan dan nota kaki tambahan sebagai penerangan pada tempat yang perlu, dan para pembaca boleh menonton kelas online yang disediakan dengan imbas kod QR yang disertakan di dalam buku.

Antara senarai isi kandungan dalam buku ini:

Sanad kitab ini kepada penulisnya

Sebab penulisan kitab ini

Akidah Ahli Hadis tentang sifat-sifat Allah

Al-Quran adalah Kalam Allah, bukan makhluk

Allah istiwa di atas Arasy

Allah turun ke langit dunia pada 1/3 malam terakhir

Hari kebangkitan dan hal ehwal manusia pada hari tersebut

Syafaat Rasulullah SAW kepada para pendosa dalam kalangan umatnya

Telaga Hawd dan Sungai al-Kawthar

Penglihatan para Mukmin kepada Tuhan mereka pada hari akhirat

Syurga & neraka sudah dicipta dan akan kekal buat selama-lamanya

Perihal iman, takdir dan kehendak Allah

Seorang Muslim tidak dikafirkan kerana dosa yang dia lakukan

Hukum meninggalkan solat dengan sengaja

Hidayah milik Allah

Ke manakah destinasi akhir setiap hamba?

Ucapan "As-Syahid" kepada mereka yang meninggal di medan peperangan

10 orang yang dijanjikan syurga & selain mereka

Senarai sahabat Nabi yang paling mulia

Akidah Ahli Hadis berkenaan penguasa, sultan dan pemerintah kaum Muslimin

Pendirian Ahli Hadis terhadap perselisihan antara para sahabat dan Ummahat al-Mu'minin

Ketentuan ajal daripada Allah

Bisikan syaitan

Sihir, kesannya dan status keislaman tukang sihir

Adab-adab para Ahli Hadis

Petanda seseorang Ahli Bidaah atau Ahli Sunnah

Nasihat emas daripada Imam Abu Uthman al-Sabuni

Salinan manuskrip asal disertakan dalam buku.